Pada 1 May 2023, Gereja Church of Immaculate Conception Johor Bahru telah menganjurkan "Perayaan Kesyukuran Menuai" dengan tema "PERPADUAN BUDAYA BERPUSATKAN KRISTUS" bagi Tahun 2023 dengan jayanya, dengan kehadiran umat dianggarkan seramai lebih dari 300 orang yang hadir dan di dirasmikan sendiri oleh PaderI Paroki CiC iaitu Fr. Claurence Motoyou. Pelbagai umat hadir mengenakan pelbagai pakaian atau busana Traditional etnik dari Sabah, Sarawak dan Indonesia. Walaupun umat-umat ini berada di kejauhan dari kampung atau negeri asal mereka, semangat perpaduan dan semangat hendak menganjurkan sesuatu perayaan itu tidak dihalang oleh jarak dan tempat mereka berada.
Gereja CIC adalah salah satu Gereja Katolik di Johor Bahru yang aktif dan mempunyai empat kumpulan bahasa iaitu English, Bahasa Malaysia, Mandarin dan juga Tamil, masing-masing mempunyai peranan dan kebenaran untuk menganjurkan perayaan mereka masing-masing.
Kebenaran penganjuran ini telah pun mengambil kira keselamatan, kesihatan dan keadaan sekeliling dimana ia diadakan dikala Malaysia telah pun melalui fasa melawan Covid-19 sehingga pelbagai perkumpulan dan perayaan di Gereja CIC terpaksa dibatalkan selama hampir 3 tahun.
Pelbagai persembahan pentas dan juga pertandingan diketengahkan, termasuklah tarian traditional, pertandingan bina badan-kanak, pertandingan makanan traditional, pertandingan pakaian traditional, persembahan nyanyian dan pelbagai lagi.
Bagi menambah keseronokkan pada perayaan kesyukuran ini pelbagai jenis hadiah cabutan bertuah juga disediakan. Selain itu jamuan makan juga diberi bagi melengkapkan segala program pada hari itu.
Jemputan kepada umat daripada bahasa lain juga bagi menunjukkan bahawa, setiap perayaan di Malaysia ini boleh diraikan juga bersama dengan bangsa-bangsa lain tanpa mengenal latar belakang, Gereja ialah salah satunya tempat menyatukan umat.
Tahniah kepada semua tenaga AJK BMA, yang bertungkus lumus menyedia dan merancang perayaan ini, dan juga kepada semua umat yang hadir memberi sokongan. Di hari-hari yang gembira ini, janganlah juga kita melupakan jiran-jiran kita yang kekurangan rezeki dan panjatkan juga doa kepada mereka yang berkekurangan. Semoga Gereja CIC sentiasa memberi ruang kepada umatnya untuk semangat menganjurkan program-progam lain yang akan datang. Kita Jumpa di Peayaan Kesyukuran Menuai MAJODI 2023!!
Admin: Ked St.Paulus JB
Comments
Post a Comment