Sebelum kita pergi kepada tips-tips, kenalpasti dahulu apa itu GEREJA?
Gereja bukanlah semata-mata bangunan yang kita singgahi pada setiap Misa hari minggu
Gereja adalah persekutuan semua orang di seluruh dunia, yang percaya akan Yesus Kristus iaitu PUTRA ALLAH dan satu-satunya PENYELAMAT kita dan disana kita dibimbing oleh Roh Kudus untuk menerima pelbagai karya dan tugas yang berguna bagi pembanguan dan perwartaan Gereja.
Terkadang umat baru atau lama tertanya tanya bagaimana mereka ini (Pelayan-pelayan di gereja) terpilih untuk melayani gereja? bagaimana jika saya hendak turut serta? platform apakah yang patut saya tuju?
Jangan risau, ikutilah 7 tips di bawah jika mahu menjadi pelayan di Gereja

Gambar: Pelayan sebagai Warden dan Pewarta dari KED St.Paulus |
Jangan risau, ikutilah 7 tips di bawah jika mahu menjadi pelayan di Gereja
- Niat atau Panggilan? - Perbezaan diantara kedua ini ialah Niat datang dari keinginan dalam hati untuk melalukan sesuatu tindakan, manakala Panggilan pula ialah apa yang Roh Kudus katakan atau tunjukkan kepada kita untuk bertindak. Kedua-dua ini memainkan peranan penting dalam memulakan pelayanan dan perlu ada di dalam setiap umat yang mahu melayani. Renungkan.
- Bertanya dan Mencari - Umat perlulah memberanikan diri untuk bertanya dan mencari umat-umat yang sudah berpengalaman dalam melayani gereja. Jangan malu jangan segan kerana saya percaya mereka gembira kalau anda yang mencari mereka berbanding mereka yang mencari kamu. Tidak bertanya sesat jalan 😃.
- Turut serta dalam acara Gereja - Rajin-rajinkanlah diri anda untuk selalu ikut serta dalam acara gereja sama ada dalam perayaan, rosari, lawatan, kem motivasi, retret dan lain-lain. Kerana didalam aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak akan mengajar iman kita untuk sentiasa ada sikap kebersamaan dan kerja kumpulan.
- Harus mencari mana PAROKI asal anda - Saranan untuk umat yang mahu melayani adalah baik jika anda mencari Paroki yang berdekatan agar umat tidak sesat ke dominasi lain. Kerana tatacara setiap paroki adalah berlainan dan lebih baik umat menumpukan pada satu sahaja.
- Membawa Rakan untuk Turut Serta - Kadang-kadang ada umat yang malu-malu apabila mereka hendak bertanya utuk melakukan pelayaNan. Oleh itu, bawalah rakan terdekat atau rakan baik anda untuk turut serta dalam melayani ini pasti akan membawa lebih banyak keharmonian.
- Kategori - Pelayan Liturgi dan Pelayanan dalam Persatuan gereja adalah berbeza. Dinasihati untuk umat yang baru menjinak-jinakkan diri dalam pelayanan, pergilah melayani di bahagian Liturgi terlebih dahulu kerana ia mudah dan tidak membebankan, sama ada sebagai lektor, Altar boy/girl, pemuzik, koir, pembawa persembahan, warden, komentator dan lain-lain. Selepas itu barulah berjinak-jinak dalam menyertai pasukan Persatuan Gereja, samaada ingin menjadi Pengerusi bagi sesuatu persatuan, menjadi bendahari, menjadi setiausaha atau lain-lain.
- Direkrut atau Saranan - Ini lebih kepada pelayan yang dipilih. Sebagai contoh anda berbakat dalam bermain Piano/Gitar kemudian anda dipanggil atau dicadangkan untuk menjadi pemuzik atau pelapis pemuzik di gereja. Anda mempunyai sikap kepimpinan tinggi sekaligus anda boleh melayakkan diri anda untuk menjadi ketua di bahagian Liturgi.
Baiklah itu sahaja tips yang membolehkan atau menjadikan anda pelayan di Gereja. Kepada umat-umat baru atau lama, silalah mengaktifkan diri anda dalam pelayanan, kerna kalau bukan kita siapa lagi? Tuhan memberkati.
Sebarang cadangan tambahan boleh komen dibawah.
Comments
Post a Comment