APA ITU KED?

KOMUNITI EKLESIA DASAR (KED)

Sumber: https://holyfamilychurchjb.org/the-parish/bec-ked-explanation/

person's hand holding book page
Uskup Agung dan uskup-uskup Semenanjung Malaysia memanggil semua umat Katolik mencontohi Komuniti Kristian awal (Kis 2:42) dalam pembinaan KED yang difahami sebagai kumpulan berdasarkan kawasan yang merangkumi 10 hingga 20 buah keluarga, dimana terdapat perasaan bersatu, perkongsian iman, kesaksian hidup dan pelayanan dalam kasih dan harapan.
Kenyataan dinamik ini dapatlah kita hidup melalui:
KESATUAN SEMUA: Kita mencapai semua umat manusia dan membina persaudaraan dalam kejiranan kita melalui perpaduan semua KED dalam paroki, diosis dan gereja sedunia.
EVANGELISASI ANTARA SATU SAMA LAIN: Kita menemui Yesus Kristus dengan mendengar Sabda-Nya dan mengongsi matlamat dan tujuan panggilan Allah terhadap kita.
DIRI YANG BERTANGGUNGJAWAB – Kita hidup dalam iman melalui pemeliharaan dan perkongsian antara satu sama lain di dalam dan di luar komuniti.
Inilah sahutan kita terhadap suatu cara baru menjadi Gereja dalam pembangunan Kerajaan Allah.




PETIKAN DARI HERALD Malaysia Online
Keuskupan Melaka-Johor
Pemikiran sempit bahawa "hadir Misa hari Minggu sudah cukup" merupakan masalah sikap di kalangan umat pada masa kini. 

Umat perlu melalui perubahan secara Peribadi, Masyarakat, Eklesial dan Ekologi, Uskup Bernard menasihati agar umat harus melangkah satu demi satu iaitu Keberanian, diikuti dengan Komitmen dan Bekerjasama. Dalam KED, kita memusatkan perhatian kita kepada Sabda, begitu juga dalam Paroki, tumpuan utama kita ialah Misa. Memang terdapat keluhan di mana-mana misalnya ahli-ahli KED tidak hadir ke pertemuan KED. 

Namun, ini terpulang kepada setiap individu untuk mencari kumpulan yang sesuai, untuk bergaul, dan menggunakan setiap alat komunikasi untuk sentiasa berhubung. Kita harus saling mengingatkan (termasuk Paderi Paroki) untuk hadir ke pertemuan- pertemuan KED. 

Uskup Bernard juga menyebut tentang pembinaan sekolah penginjilan bagi pelbagai bahasa. Beliau juga prihatin dengan gelaran untuk belia yang dikatakan “JKR” kerana sering membawa kerusi dan meja. Uskup Bernard akan meneliti semua hal ini dengan tekun. 

Dalam hal-hal lain, prelatus itu mengingatkan agar umat sentiasa belajar daripada pengalaman lampau dan melihat isu-isu yang muncul, mendesak dan sedang berlaku pada masa sekarang dengan kepekaan. Prelatus itu menjelaskan bahawa PMPC menetapkan dorongan pastoral Gereja Semenanjung Malaysia dan ia harus diakui bahawa ini belum lagi dipecahkan kepada golongan kecil yang sesuai.

Photo by Rod Long on Unsplash


Comments