7 SAKRAMEN - JEJAK PENZIARAH (PERINGKAT PAROKI CIC JB)


    Pada 12 November 2022 bersempena dengan sambutan 50 Tahun Keuskupan Melaka Johor telah berlangsungnya acara 7 Sakramen Jejak Penziarah bagi kumpulan Bahasa Malaysia yang diadakan di peringkat paroki Gereja Santa Perawan Maria tak Bernoda, Johor Bahru. Dihadiri hampir 100 lebih umat.

(Acara bermula di Grotto)
    Walaupun, acara mengambil masa selama hampir 5 jam bermula dari jam 8.30pm hingga 12.30am, dan berhadapan dengan hujan yang sedikit renyai, tidak mematahkan semangat umat-umat yang hadir serta sungguh-sungguh mengambil segala masa, ruang dan tempat untuk mereka menghidupkan kembali iman mereka, mencari semula, dan memperbaharui kehidupan Sakramen mereka.

(Umat mula berkumpul)

(Umat memegang Altar)

(Adorasi)

(Umat membakar kertas renungan dosa)

(Menyapu minyak Krisma pada Dahi)

(Menyapu minyak Krisma pada Dahi)

(Umat memohon penyembuhan)

Terdapat 7 Penziarahan yang dilakukan iaitu:
1. Menemui Semula & Memperbaharui Pembaptisan Kita.
2. Menemui Semula & Memperbaharui Penguatan Kita.
3. Menemui Semula & Memperbaharui Taubat Pengampunan.
4. Menemui Semula & Memperbaharui Panggilan Kita.
5. Menemui Semula & Memperbaharui Kesihatan Kita.
6. Menemui Semula & Memperbaharui Tuhan Ekaristi (Adorasi)
7. Menemui Semula & Memperbaharui Panggilan dan Misi (Misa)





    Setiap daripada perhentian-perhentian ini mempunyai makna dan doanya tersendiri. Berkait rapat secara tulus ke dalam Sakramen-sakramen yang telah/pernah kita terima atau bakal kita terima.

    Umat-umat yang hadir berkesempatan untuk merenung dosa-dosa, memohon pengampunan dan mehayati pengalaman hidup mereka sebagai seorang katolik, menerima panggilan yang sentiasa tersedia bagi mereka, kerana tangan Tuhan sentiasa terbuka luas menantikan umatnya, tanpa mengira dosa-dosa kita.


Acara ini memakan persedian yang memakan hampir 2 bulan, di tengah-tengah kesibukkan, terdapat umat-umat, AJK serta Paderi yang sentiasa memberi sokongan dan pendapat dalam mengatur segala hal agar semua tersedia bagi umat yang akan hadir.

(Perjumpaan, dan persediaan menjelang acara)

(Raptai Acara - Gabungan 4 Bahasa)

Terima kasih atas waktu anda.


Admin: Ked St.Paulus JB

Comments