RENUNGAN KHAMIS PUTIH oleh Fr. Claurence Motoyou [9 Apr 2020)


(Sumber Video: Youtube Ked St.Paulus)

✞ Khamis Putih ( 9hb Apr 2020)

Saudara dan saudari terkasih dalam Kristus

Tuhan Allah adalah Kasih

Dan dalam Kasih Allah – Tuhan kita menunjukkan dan menyatakan erti Kasih itu dengan memberikan Perhatian-Nya dalam terhadap kita semua. Dia sedang menonton kita, memerhati dan menjaga kita

Dari saat Adam jatuh ke dalam Pencubaan Shaitan
Dari masa Adam jatuh ke dalam dosa
Allah Bapa, Putera dan Roh Kudus telah pun menyiapkan jalan,
iaitu Rencana Keselamatan-Nya bagi kita manusia

Hari ini, kita sendiri akan menyaksikan Rencana keselamatan sedang dilaksanakan oleh Tuhan sendiri. Sehinggakan, bilik di mana Dia akan mengadakan Perjamuan Malam Terakhir bersama para murid-murid Nya, bersama para Rasul pun , Dia sendiri, Tuhan sendiri Sediakan

Yesus berkata
"Aku sangat rindu makan Paskah ini bersama-sama dengan kamu, sebelum Aku menderita.”

Kita sering kali kita tidak perasan ucapan Yesus Tuhan kita ini, iaitu Dia mengatakan -

“Aku Sangat Rindu”
Dia Sangat Rindu Makan bersama-sama kita.

Dalam erti kata lain -
Dia sangat inginkan untuk menjalinkan perhubungan dengan kita

Bayangkan Saudara saudari
Walau pun Dia tahu – selepas perjamuan malam terakhir ini,
Dia akan mengalami seksaan yang amat berat,
Dia akan mati di atas kayu Salib

Sungguh pun mengetahui semua nya itu,
bahawa Dia akan dikhianati oleh Judas Iskariot,

Mengetahui bahawa Dia akan disangkal oleh Petrus sendiri

Dan walau pun Yesus mengetahui
Bahawa Dia akan ditinggalkan BerSEORANGAN,

Yesus tetap menyatakan
"Aku sangat rindu makan Paskah ini bersama-sama dengan kamu, sebelum Aku menderita.”


Ini lah Cinta Kasih yang teramat besar, – Unconditional Love

Dia mengosongkan diri Nya
Dia merendahan diri Nya
Dia membasuh kaki-kaki para Rasul,
Iaitu Tuhan menjadi hamba, kerana kasih

Masa ini, Saudara saudari, Dia sekali datang pada kita semua , Dia mengetuk pintu Hati kita

Seperti mana dia menyediakan Bilik Perjamuan Malam Terakhir
Hari ini, Dia sedang mengetuk pintu hati kita

Yesus mahu menyediakan Hati kita, menjadi Bilik Perjamuan Malam Terakhir

Maka itu, mari lah kita bertanyakan pada diri kita masing-masing

Mari lah kita sama-sama merenungkan


Sudah kah kita membuka pintu hati kita, agar Yesus yang mengetuk Pintu hati kita, dapat masuk ke dalam kehidupan kita setiap hari kepada Nya?


Salam Damai Saudara Saudari


(Gambar Hiasan)




Comments