RENUNGAN JUMAAT AGUNG oleh Fr. Claurence Motoyou [10 Apr 2020]



(Sumber Video Asal: mjd_youth_ministry (instagram))

✞ Jumaat Agung ( 10hb Mac 2020)


Damai Yesus Kristus berserta Saudara dan saudari

Hari ini Jumaat Agung - Apa kah yang agung tentang hari ini ?

Dan mengapakan kita menyambut dan merayakan upacara ibadat pada hari ini
Apabila Yesus, Tuhan kita setelah di siksa, di bawa dan di arak di hadapan orang ramai yang beberapa hari lalu bersorak “Hosana Bagi Anak Daud”, tetapi hari ni bersorak “Salibkan Dia”

Apa kah yang baik dan agung pada hari ini
Apabila Maria, seorang Ibu, turut menderita dan menyaksikan anak nya yang tunggal mati di atas kayu Salib ?
Cuba tanya kan pada sesiapa ibu yang bersedih atas kematian anak yang di kandungnya selama 9 bulan, mati atas alasan apa sekali pun..

Saudara saudari
Kita mengingati hari ini “Jumaat Agung”
Kerana Pada Hari ini lah,  Yesus mengenapi semua rencana Allah Bapa bagi keselamatan kita manusia

Di atas kayu salib, dan Dengan tangan nya yang terbuka luas
Yesus dengan lantang nya mewartakan
“Sudah selesai”

Kematian Yesus di atas kayu salib kelihatan seperti penghinaan dan kekalahan terhadap kuasa kegelapan
Namun sebenarnya adalah merupakan kemenangan ke atas semua kuasa kegelapan, di mana dosa dan maut sekali pun telah ditewaskan oleh kerana kasih dan ketaatan Yesus terhadap kehendak Allah Bapa

Saudara Saudari
Dalam kita membaca dan ambil bahagian dalam upacara ibadat hari ini Jumaat Agung
Mari lah kita renungkan dan mengenalpasti krarektor-krarector yang ada dalam Kisah Sengsara Tuhan kita Yesus Kristus ini

Kita, sama ada sedar atau tidak sedar, boleh, malah sering kali pada satu masa bertindak seperti orang-orang yang bersorak mengalu-alukan kedatangan Tuhan dalam kehidupan kita, DAN pada masa lain pula bersorak dan menolak Tuhan dari kehidupan kita
Ada kala nya kita seperti Yudas Iskariot atau seperti Petrus
yang menghianati dan menyankal Tuhan
kerana dosa-dosa kita
Namun ada kah kita berputus asa, hilang iman percayaan terhadap belas kasih Allah seperti Yudas
Atau
Ada kah kita, berpegang pada harapan dan iman kepercayaan akan belas kasih Allah seperti Petrus, malah menjadi alat bagi Tuhan, bagi kemuliakan Tuhan sendiri  ?

Saudara saudari
Tidak kira, siapa krarektor yang kita ambil dan kenalpasti sebagai krarektor diri kita masing-masing,
Ketahui lah bahawa Kasih, belas kasih dan berkat rahmat Allah senantiasa terbuka kepada semua orang termasuklah terhadap orang yang paling berdosa sekali pun

Kerana ini lah Yesus  mati di kayu salib – bagi semua orang

Semoga damai Allah berserta kita semua


(Gambar Hiasan)


Comments