AKTIVITI BERMANFAAT YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH UMAT SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN - COVID-19
Seperti umum ketahui bahawa pada 16 Mac 2020, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah pun mengeluarkan arahan iaitu arahan PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN MALAYSIA 2020, ini merujuk kepada usaha kerajaan untuk mencegah dan memutuskan rangkaian kes Pandemik Koronavirus atau bahasa mudahnya COVID-19 dari terus menular. Pesanan Perdana Menteri Malaysia dengan slogannya "Stay at Home" mungkin membuatkan umat kristiani di Malaysia berasa janggal kerana buat pertama kalinya rakyat serta umat tidak dibenarkan merayau atau keluar dari rumah.
Tapi ini tidak bermakana umat tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti kerohanian mahupun aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang memberi manfaat kepada keluarga dan anak-anak.
Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi anak-anak dan keluarga yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan:
Saya tahu mungkin tidak ramai yang suka membaca di luar sana.. ahhaha, tapi sedarlah bahawa buku ilmiah ini sangat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan agar diri kita ini tidak terlalu ketinggalan dek zaman yang semakin lama-semakin pesat membangun.
Antara buku-buku atau majalah yang boleh dibaca ialah seperti Kamus, National Geographic, Times, Wanita, Infiniti, berkaitan dengan Teknologi dan IT serta Ekonomi
2. Membaca Alkitab
(Gambar Hiasan)
Bawalah keluarga dan anak-anak kristiani kita untuk membaca Alkitab, kerana Alkitab merupakan buku yang mengandungi pelbagai FIRMAN TUHAN (Perintah, Kehendak dan Kesaksian-Nya).
Pada petikan 2 Timotius 3:15 mengatakan bahawa "Ingatlah juga bahawa dari kecil engkau sudah mengenal Kitab Suci yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun engkau kepada keselamatan". Di masa Pandemik ini juga Alkitab mampu menguatkan kita dari cobaan kerana Alkitab ditulis untuk memberikan kekuatan kepada kita dalam mengalahkan kuasa jahat.
3. Berdoa kepada para pesakit, Frontliner dan juga Pemimpin
(Gambar Hiasan)
Walaupun kita tidak dapat berkumpul merayakan Misa pada setiap minggu tetapi kita bisa mengikuti Misa secara dalam talian(Online). Ada yang tertanya-tanya bukankah kita wajib untuk menghadiri Misa di Gereja? Ya, ia adalah Wajib, tetapi kita juga boleh mengikuti Misa secara online, kerana ia menunjukkan sebuah "Devosi". Anatara rekomendasi devosi yang lain juga boleh diikuti iaitu dengan membaca dan mendengar Sabda Tuhan, Rosari, berpuasa, Jalan Salib dan pelbagai lagi.
5. Mencuba Resepi Baru!! (MEMASAK)
(Gambar Hiasan)
Sudah pasti Ibu-Ibu yang berada di rumah sungguh teruja untuk mencuba pelbagai resepi-resepi menarik. Ambillah masa bersama-sama suami dan anak-anak untuk sama-sama turut serta dalam bereksperimentasi resepi-resepi baru dan lazat!! bukan sahaja ia seronok, malah ia juga mampu mengeratkan silaturahim hubungan sesama keluarga.Untuk mendapatkan resepi-resepi menarik dan baru berkunjunglah ke: https://myresipi.com/
6. Bersenam
(Video Senaman mudah di rumah)
Mungkin kita sudah sinonim dengan bersenam haruslah dilakukan di luar rumah, di Taman atau di Gym. Tetapi kita juga sebenarnya boleh bersenam di dalam rumah secara ringkas. Ia juga selamat dari terdedah malah ia juga menyihatkan dan mencerdaskan tubuh badan kita di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan ini berlangsung. Bukan itu sahaja, MENGEMAS RUMAH juga adalah satu senaman yang baik..bah rajin-rajinla kemas tu rumah kamurang..hehehe
7. Bermain Permainan
(Gambar Hiasan)
Pelbagai mainan yang menarik juga boleh dibuat seperti Monopoli, dam haji, Chess, Video games, dam ular dan pelbagai lagi. Permainan ini boleh membantu dari segi rangsangan otak dan juga boleh memberi ruang bagi otak kita untuk tenang dan berfikiran kritis. Masa juga akan bergerak dengan laju tanpa disedari bermain sambil bergelak ketawa bersama keluarga.8. Melakukan Kerja Amal
(Gambar Hiasan)
Melakukan kerja amal ialah kerja yang sangat disenangi Tuhan. Selain dari membantu ibu-bapa kita kita juga boleh membantu pihak-pihak yang tidak berkemampuan terumata bagi yang miskin dan migran di luar sana dengan memberi derma yang relevan atau memberi khidmat nasihat yang boleh merangsang semangat mereka untuk terus bertabah menghadapi Covid-19. Di Gereja kita sendiri (CiC JB) Telah pun bergerak tabung SSVP dimana ia bertujuan untuk pembelian dan bantuan barangan-barang keperluan bagi yang miskin, tidak berkemampuan dan yang memerlukan.Ativiti-aktivi tambahan lain:
1.Belajar alat muzik
2. Mengulangkaji pelajaran
3. Berkebun.
4. Menonton wayang di rumah
5. Karaoke. (kalau sumbang tu suara kasi pelan volume)
6. Menolong Ibu-Bapa di rumah (Bagi anak-anak)
7. Kraftangan/Anyaman/Bertukang (Kreativiti)
Itu sahajalah pengisisan aktiviti kekeluargaan dan Rohani yang boleh dilakukan di rumah, semoga bermanfaat bagi kita semua. dan jangan lupa juga teruskan berdoa agar negara kita MALAYSIA bebas dari wabak COVID-19 ini. Hendaknya setiap doa yang kita panjatkan menjadi salah satu harapan kepada Tuhan. Maka dari itu dengan berserah maka Tuhan akan memberi jalan keluar terbaik, terutama dari setiap masalah berat. Amen...Salam Damai...
Comments
Post a Comment