SEJARAH KED St.Paulus Johor Bahru

Gambar: Pelayan Misa KED St.Paulus (Tidak keseluruhan)

Sedikit penerangan pendek mengenai asal-usul bermulanya KED St.Paulus, ianya bermula pada tahun 2013sehingga sekarang (2019 masih berjalan lancar), dimana keuskupan Melaka Johor telah menyatakan betapa pentingnya pemusatan Sabda yang telah diusulkan oleh Uskup Bernard Paul pada ketika itu yang meliputi Keperibadian, Masyarakat, Eklesial dan Ekologi. KED ini bukan sahaja menumpu pada perkongsian Sabda tetapi juga kepada pelayanan di Gereja (Cic JB) dan juga aktiviti atau tugasan bagi acara-acara anjuran gereja seperti gotong royong memasak, rosari, acara, jamuan,  lawatan dan lain-lain. Perkogsian sabda KED ini akan dilakukan satu bulan sekali mengikut Buku Panduan KED yang diberi, dan ia dijalankan dirumah-rumah keluarga yang berada di dalam lingkungan kawasan KED St.Paulus (rujuk dibawah)

Kawasan yang meliputi KED St.Paulus (Buat masa ini "2019" Johor Bahru)
  • Tampoi
  • Kempas 
  • Skudai
  • Kulai
  • BBU (Bandar baru Uda)
*Sebarang penambahan kawasan akan dikemas kini

Ada juga diantara umat yang tinggal di luar kawasan KED St.Paulus tetapi ini terpulang kepada inidividu atau keluarga untuk mencari kumpulan yang sesuai dan mudah diakses.

Buat masa ini terdapat sebanyak 10 buah keluarga dan ahli dianggarkan hampir 60 orang mengikut jumlah ibu-bapa termasuk anak-anak serta individu persendirian tanpa keluarga.

Kepada keluarga atau individu yang mahu turut serta di dalam pelayanan KED ini bolehlah menghubungi nombor yang tertera di dalam laman Blog ini.



Comments