TEMA PMPT 2019 : DI BAPTIS DAN DIUTUS (BAPTISED AND SENT)
Paus Fransiskus telah
mewartakan bulan Oktober 2019 sebagai Bulan Misionari
Luar
Biasa
dengan
tema:
“Dibaptis dan Diutus: Misi Gereja Kristus di Dunia”. Para Uskup di
Semenanjung Malaysia bukan sahaja menyambut
baik panggilan
Paus Fransiskus,
tetapi juga
telah memutuskan bahawa ‘misi’ akan menjadi tumpuan utama di sepanjang tahun.
Oleh yang demikian "Dibaptis dan Diutus" adalah tema keseluruhan
bagi Gereja
Semenanjung Malaysia untuk tahun 2019. Tema ini dan sub-tema bulanan akan
membimbing kita ketika
kita berjalan
sehingga ke bulan Oktober dan seterusnya. Perayaan Eļ¬fani adalah satu permulaan
yang baik.
Ia mengingatkan
kita, sebagai
"murid-murid harapan," setiap kita, yang dibaptis didalam nama Kristus, adalah diutus sebagai misionari di dunia untuk menjadikan
yang
biasa
menjadi
luar
biasa.
Jadual dibawah menunjukkan Fokus dan Sub Theme (Tema Kecil) bagi tahun 2019
Tema PMPT tahun ini mengingatkan semua orang Katolik, bahawa
hubungan di antara pembaptisan dan misi adalah sangat rapat. Maksudnya, pada
saat kita dibaptis, kita telah pun berada di dalam misi ini. Sekaligus tahun ini merupakan tahun yang merubah iman kita sebagai Katolik dimana tahun MISI inilah kita akan belajar menjadi rasul dan diutus menjadi misionari dalam mewartakan khabar gembira serta cinta kasih ke setiap pelusuk komuniti sekeliling kita.
DOA OLEH BAPA SUCI FRANCIS SEMPENA TAHUN KHAS UNTUK MISI 2019
Bapa Syurgawi, ketika Putera Tunggal Mu
Yesus Kristus bangkit dari wafat,
Yesus Kristus bangkit dari wafat,
Dia mengutuskan pengikut-Nya
untuk "Pergilah, jadikan semua bangsa murid-Nya"
dan Engkau mengingatkan kami bahawa melalui Pembaptisan,
kami dijadikan pelayan dalam misi Gereja
Perkakaskanlah kami dengan karunia Roh Kudus
untuk menjadi berani dan bersemangat
dalam memberi kesaksian kepada Injil,
supaya misi yang diamanahkan kepada Gereja,
yang masih jauh dari selesai,
boleh mencari ekspresi baharu dan berkesan
yang membawa kehidupan dan cahaya kepada dunia.
Bantulah kami menjadikannya mungkin untuk semua orang
untuk mengalami cinta kasih yang menyelamatkan
dan kerahiman Yesus Kristus,
yang hidup dan memerintah bersama Dikau
dalam persekutuan Roh Kudus,
Satu Allah, untuk selama lamanya
Amen.
Comments
Post a Comment