TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS
SUB-TEMA JANUARI
Menyatukan
kita dalam Kristus
Rumah: Keluarga Leo & Candey
Di dalam perkogsian sabda pada bulan Januari ini fokus utamanya
ialah pencarian identiti kita selepas dibaptis dengan mendalami maksud baptis
dan mengenal erti apa itu panggilan dan tindakan khusus yang Tuhan telah
bukakan untuk kita, dimana cinta kasih dapat bertumbuh dalam iman di jiwa
setiap manusia dan belajar bahawa apabila kita dibaptis kita telah menerima
Yesus yakni sedia menerima perubahan yang mempersatukan setiap umat dengan kristus.
DIALOG
Dialog pada bulan ini berkisar tentang John dan keluarganya,
John melalui masalah dalaman yang memberi tekanan kepada emosi beliau faktor
dari tekanan di tempat kerja
Berikut ringkasan dialog tersebut:-
1.
John telah berkeluarga
2.
Selalu tertekan dan marah-marah -> Tekanan di tempar kerja
3.
Susah mengawal emosi
4.
SEPUPU jemput ke GEREJA
5.
John mendapat ketenangan
6.
Hadir sesi IKD
7.
Hadir ke misa minggu
8.
Selepas pemBAPTISan -> Keluarga terus
bertumbuh
9.
Melayani Gereja
10.
Gembira berkongsi iman barunya
Setelah mendalami penceritaan Dialog ini kita dapat
melihat 3 point utama yang merangsang dalam pertumbuhan iman saudara John:
Rujuk dibawah
1.
SEPUPU
– Bertindak sebagai “Wakil yang diutus Tuhan” untuk mewartakan khabar gembira
kepada John dengan menjemputnya ke Gereja
2.
GEREJA
– Gereja itu ialah Tuhan Yesus sendiri kerana Gereja adalah sakaramen Tuhan
atau tanda dan sarana keselamatan Allah yang dinyatakan kepada kita. Gereja
juga disebut Tubuh Kristus (Rom 12:4-5) dan Tuhan juga lahir di
tengah-tengahnya (Mat 18:20). Gereja juga kudus dan penyelamat bagi iman yang
termasalah sekaligus menjadi juruselamat bagi iman John dan keluarganya
3.
BAPTIS
– Setelah keluarga John dibaptis maka mereka telah masuk ke pangkal hidup Kristian
dan sedia ikut serta dalam wafat dan kebangkitan kristus serta dibersihkan dari
dosa asal serta dosa yang telah diperbuat
Mengapakah ketiga point utama ini seiring dan
berkesinambungan? Ini kerana sepupu bertindak sebagai entiti yang telah
mendapat iman dan cinta kasih daripada
Tuhan Yesus kristus. Ini bertumbuh secara cepat di dalam Gereja Tuhan yang
memanggil sepupunya untuk menjemput John dan keluarga ke gereja dan selepas itu dibaptis dan menerima Kristian sebagai jalan hidup baru. John juga telah berjaya mengeratkan hubungan mereka sekeluarga kerana iman dari Tuhan tumbuh di dalam mereka.
PERKONGSIAN
Perkongsian dari umat tentang apa yang mereka syukuri
setelah mengingati pembaptisan mereka:
Joanna : “Diantara keluarga saya yang lain, saya
antara anggota keluarga yang terawal menerima pembaptisan dalam katolik, dan
saya gembira kerana saya juga dapat menjemput ahli keluarga saya yang lain
termasuklah suami dan adik beradik yang lain, itu yang saya syukuri”
Guy/Osang: “Setelah saya dibaptis, saya masih menjadi
ahli biasa dalam pelayan iaitu menjadi koir dan lain-lain, saya telah didatangi
oleh pelbagai pihak untuk menyuruh saya melayani sebagai pemuzik tetapi saya
tidak mahu dan tidak bersedia. Akan tetapi pada suatu hari Tuhan telah
menumbuhkan perasaan dan pintu hati saya untuk menerima panggilan sebagai
pemuzik sehinggalah sekarang. Itu yang saya Syukuri”
Liza: “Setelah menerima pembaptisan, seruan untuk
menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggunjawab semakin kuat dan menjadi
pendengar yang baik buat suami dan anak-anak”
PENDALAMAN
Teks Alkitab: Gal 3:26-29
3:26 Sebab kamu semua adalah anak-anak Allah karena iman di dalam Yesus Kristus. 3:27 Karena kamu semua, yang dibaptis dalam Kristus, telah mengenakan Kristus. 3:28 Dalam hal ini tidak ada orang Yahudi atau orang Yunani,
tidak ada hamba atau orang merdeka, tidak ada laki-laki atau perempuan , karena kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus. 3:29 Dan jikalau kamu adalah milik Kristus, maka kamu juga adalah keturunan Abraham dan berhak menerima janji Allah.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya sub tema bulan Januari iaitu “MENYATUKAN KITA DALAM KRISTUS”
memberi maksud yang mendalam erti perubahan di dalam diri kita setelah
dibaptis. Terdapat umat yang dibaptis dari kecil tanpa mengetahui erti baptis
tetapi itu ialah tanggungjawab kita terutamanya umat KED St.Paulus untuk
sama-sama mengajar dan menerangkan apa erti baptis kerana masing-masing menjadi
memainkan peranan dan DIUTUS oleh Tuhan di dalam persatuan roh kudus untuk kita
mencapai dan membimbing mereka dan membawa mereka ke GEREJA Tuhan dimana disanalah
iman kita makin bertumbuh. Pembentukkan iman yang kecil mampu memberi impak
yang besar dan perubahan yang mendalam sama ada iman kita, pelayanan,
pemikiran, emosi dan pengorbanan kita buat komuniti sekeliling sekaligus menyatukan
kita dalam kristus.
Comments
Post a Comment